fbpx
Nasional

Tidak perlu mohon kebenaran untuk ke Sarawak

KERAJAAN membenarkan orang ramai untuk masuk ke Sarawak tanpa perlu memohon kebenaran atau menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu hanya kepada warga tempatan sahaja.

“Namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

“Sampel PCR juga akan diambil secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut), dan mereka dinasihat memuat turun aplikasi ‘COVID Trace Sarawak’ dan ‘Qmunity’,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, pergerakan masuk ke Sarawak dari semenanjung, Sabah dan Labuan sebelum ini perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.


Malah, setiap individu yang ingin masuk ke Sarawak juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button