fbpx
Nasional

Kerja doktor kerajaan, tapi edar dadah

Sudah mempunyai jawatan yang cukup stabil sebagai seorang doktor kerajaan, tetapi tetap nak mencari duit cara mengedar dadah.

Doktor lelaki berusia 26 tahun bersama seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai farmasi berusia 28 tahun akhirnya menerima padah apabila mereka ditahan polis di Jalan PJU 1A/3, Kelana Jaya, Selangor, kira-kira pukul 10.25 malam semalam.

Difahamkan kedua-dua suspek sudah terlibat dengan pengedaran dadah di sekitar kawasan Petaling Jaya sejak tiga bulan yang lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pasangan itu ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut menemukan dua paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja seberat 70 gram yang disimpan dalam sebuah beg.


doktor dadah

“Ujian saringan air kencing pula mendapati seorang suspek lelaki positif dadah jenis ganja manakala rakannya pula negatif bahan terlarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA> Rembat duit RM1,200 , pengurus ladang ditahan SPRM

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi melihat penglibatan suspek terutamanya dalam kes pengedaran dadah. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button