NasionalRencah Hidup

“Kempen Virtual Mengumpul Dana” anjuran MAH KL Chapter berjaya kumpul dana

INDUSTRI perhotelan di seluruh negara telah melalui jangka waktu suram ekoran Covid-19 yang melanda negara pada 2021. Di bawah Malaysian Association of Hotels (MAH) Kuala Lumpur Chapter berjaya mengumpul dana melalui program amal, “Kempen Virtual Mengumpul Dana”.

Pengerusi MAH Kuala Lumpur Chapter, B. E. Lim dalam kenyataannya berkata, sempena bulan Ramadan yang berlalu, baru-baru ini, kakitangan hotel di bawah MAH Kuala Lumpur Chapter, “Kempen Virtual Mengumpul Dana” berjaya direalisasikan melalui kaedah kod QR.

GAMBAR HIASAN

“Sepanjang tempoh enam minggu kempen (dari 23 Mac sehingga 30 April 2023), hotel MAH KL berjaya mengumpul sejumlah RM15,000.

“Wang tersebut sedang dibahagi-bahagikan untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, dengan pemberian bantuan kewangan itu, dapatlah digunakan untuk perbelanjaan operasi bulanan mereka dan penyelenggaraan rumah kebajikan bekenaan serta menyediakan anak-anak yang menghuni di rumah kebajikan dengan persekitaran yang selamat dan kondusif demi pertumbuhan dan pembelajaran.

“Ini adalah kempen pengumpulan dana tanpa tunai yang pertama kali ini dilakukan oleh rakan-rakan sekutu hotel yang ke arah amal dan kebajikan.

“Kaedah ini merupakan pendekatan baharu kerana apa yang mereka perlu lakukan adalah mengimbas kod QR yang disediakan melalui platform Touch ‘n Go Digital.

“Untuk menjadikannya sebagai isyarat amal yang ikhlas tetapi berpatutan, rakan sekutu digalakkan untuk menderma sebarang jumlah yang mereka mampu “dari serendah RM1.00”,” ujar beliau.

Selain memacu kempen tersebut dalam kalangan rakan sekutu hotel, tetamu hotel dan rakan kongsi perniagaan dialu-alukan untuk menambah kutipan derma, kata Lim.

“Bagi pihak MAH Kuala Lumpur Chapter, kami amat menghargai usaha rakan sekutu daripada ahli-ahli hotel yang membantu menjayakan inisiatif unik ini.

“Apabila industri perhotelan bermula mendapatkan semula pemulihan perniagaannya berikutan pandemik Covid-19, kini tiba masanya kita melakukan yang terbaik untuk membantu orang lain dalam komuniti sekeliling kita yang sama-sama memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini MAH Kuala Lumpur Chapter telah mengumpul dana secara tradisional dengan memperoleh hasil jualan daripada program tahunan Charity Cookies Bake. B. E. Lim menyampaikan cek kepada Zurina Zainudin, Pengurus Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah dan Aishah Mohamed dari Pertubuhan Kebajikan AsnafAn-Naafi Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 50 kanak-kanak dari kedua-dua rumah kebajikan dijemput dan di taman permainan indoor, Hotel Waka Waka. – SM

BACA Amaran kepada pengurusan hotel kurangkan aduan pelanggan

BACA Gelombang ketiga Covid-19: Sektor pelancongan, perhotelan rangka strategi

 

(Visited 149 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button