fbpx
Ekonomi

Gelombang ketiga Covid-19: Sektor pelancongan, perhotelan rangka strategi

Pengurusan hotel tidak boleh berterusan mengalami kerugian

INDUSTRI pelancongan dan perhotelan perlu mengambil langkah proaktif dalam memastikan kesan rantaian wabak Covid-19 yang dikatakan masuk gelombang ketiga, tidak mematikan terus sektor berkenaan.

Pihak pengurusan hotel di seluruh negara tanpa mengambil kira sama ada hotel-hotel itu terletak di Melaka, perlu tampil dengan strategi perniagaan yang strategik bagi memastikan, perniagaan yang dijalankan itu tidak mencecah tahap kritikal.

Pengarah Urusan sebuah hotel yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, pengunjung yang menginap di Hotel Lacrista Jalan Hang Tuah ditawarkan dengan Pakej Breakout mengikut syarat yang ditetapkan.

“Breakout Package menawarkan penginapan jangka panjang untuk dua orang dengan harga istimewa dan dalam pakej ini, turut diberikan ialah perkhidmatan dobi secara percuma.


“Dalam pakej yang sama juga pengunjung ditawarkan kemudahan kredit untuk makan dan minum di coffee house hotel,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Beliau berkata, pengunjung termasuk pelancong domestic yang menginap di hotel itu untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu hingga dua minggu boleh menikmati pakej yang ditawarkan di atas.

Langkah itu diambil bagi memastkan hotel terus bertahan ketika berhadapan dengan keadaan ketidaktentuan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Sebagai hotel yang baharu dibuka pada 1 Januari lalu, selepas mengambil alih daripada pengurusan Hotel Avillion Legacy yang turut terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Rosthman berkata,  pelbagai penambahbaikan dilakukan ke atas hotel tersebut.

Antaranya, kata Rosthman, penambahbaikan bilik bagi memberi lebih keselesaan kepada pengunjung hotel yang mana, sebelum ini, ketika kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu, pihak pengurusan hotel terpaksa menutup operasinya dan dibuka semula pada 10 Jun lalu.

Ekoran itu, beliau memberitahu, unjuran kerugian 60 peratus jualan yang disasarkan akan berlaku pada bulan ini.

Akan tetapi, kita yakin, selepas PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selama dua minggu yang dijangka berakhir pada 27 Oktober, keadaan yang dialami oleh pihak hotel turut berakhir, kata beliau.

Gelombang ketiga Covid-19 melanda negara kira-kira seminggu lalu menyebabkan pengusaha sektor perhotelan yang bergantung kepada aktiviti pelancongan merangka strategi baharu bagi berdepan dengan cabaran itu. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button