JenayahNasional

Pengurus kanan syarikat disyaki terima rasuah RM72,000 ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus kanan syarikat pembinaan dan selepas disyaki menerima rasuah berjumlah RM72,000 bagi membantu proses pinjaman daripada sebuah agensi kerajaan berjumlah RM5 juta.

Suspek berusia 53 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang semalam di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek tersebut dipercayai menerima wang rasuah itu daripada seorang pengarah urusan sebuah syarikat lain untuk membantu proses kelulusan permohonan pinjaman syarikat berkenaan.

“Syarikat pembinaan dan penyelenggaraan tempat suspek, seorang lelaki, berkhidmat merupakan anak syarikat agensi kerajaan tersebut,”kata sumber itu kepada FMT.

Sementara itu, Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail mengesahkan tentang penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Katanya lagi, suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM setelah selesai keterangan diambil. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button