Nasional

Tiada berita palsu COVID-19 sejak seminggu lalu – Ismail Sabri

“KESEDARAN rakyat yang meningkat terhadap berita palsu dan mematuhi perintah dalam tempoh seminggu amat menggalakkan.

“Harap ini berita baik.” Demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar hariannya sebentar tadi.

Beliau berkata, orang ramai menunjukkan kesedaran mereka terhadap mendapatkan maklumat yang sahih berhubung dengan COVID-19 sudah meningkat dan itu merupakan satu perkembangan yang baik.

Katanya, dalam tempoh seminggu, tiada kertas siasatan baharu dibuka atas berita palsu COVID-19.

“Setakat hari ini, tiada kertas siasatan baharu dibuka atas berita palsu COVID-19. Ini dalam tempoh seminggu.

“Mungkin perhatian mereka beralih kepada berita-berita politik. Saya tidak tahu tetapi berita palsu  berkaitan COVID-19, tiada kertas siasatan dibuka,” katanya.

Besar kemungkinan, kata Ismail Sabri lagi, kekangan penularan dan penyebaran berita palsu berkaitan dengan COVID-19 adalah berpunca daripada tindakan pantas Pasukan Respons  dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap penafian berita-berita palsu amat membantu.

Ini termasuk, ujar Ismail Sabri, penjelasan yang diberikan terhadap berita paslu berkaitan dengan COVID-19.. pasukan respons pantas, kkm membendung penyebaran berita palsu.

Orang ramai masih diingatkan agar berhati-hati sebelum menyebar sebarang kandungan berita yang diragui kandungannya. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button