JenayahNasional

RM22,300 duit peninggalan arwah mak lesap ditipu scammer

TANPA diduga seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun dipedaya dan kehilangan RM22,300 duit peninggalan ibunya dengan tawaran untung lumayan skim pelaburan yang tidak wujud menerusi aplikasi Telegram

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelajar Tingkatan 6 itu dikatakan melayari laman sosial Facebook pada 14 Disember lalu.

Beliau berkata, selepas sejumlah wang itu dimasukkan ke dalam Telegram, suspek memaklumkan mangsa akan menerima pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Mangsa memindahkan wang RM1,000 ke akaun suspek dan diberikan identiti (ID) serta kata laluan laman sesawang laman web pelaburan itu.

“Di dalam akaun itu, mangsa mendapati pulangan sebanyak RM16,000 tetapi suspek meminta beberapa bayaran sebelum mangsa dapat mengeluarkan wang itu sehingga mengalami kerugian RM22,300.


“Siasatan mendapati, sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan yang juga wang pusaka arwah ibunya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

“Sekiranya ingin membuat pelaburan boleh membuat semakan atau mendapatkan maklumat daripada polis, Bank Negara (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan tidak wujud,” katanya. – SM

(Visited 71 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button