Uncategorized

Semalam catat sejarah lebih 250,000 vaksin disuntik

JUMLAH pemberian vaksin Covid-19 mencatatkan sejarah semalam selepas lebih 250,000 dos diberikan semalam iaitu angka tertinggi yang direkodkan setakat ini.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 250,529 dos vaksin disuntik kepada rakyat Malaysia semalam melibatkan 190,244 dos pertama dan 60,285 dos kedua.

Sementara itu 14 peratus atau 4,574,685 orang rakyat Malaysia telah disuntik dengan vaksin sehingga semalam. Daripada jumlah itu 1,727,042 orang atau 5.3 peratus telah mendapatkan dos kedua.


Kuala Lumpur mencatatkan jumlah penerima vaksin tertinggi iaitu 729,693 orang bagi dos pertama dan 151,632 bagi dos kedua.

Sarawak ditempat kedua mengambil alih kedudukan Selangor sebelum ini. Negeri terbesar di Malaysia itu mencatatkan pemberian dos pertama sebanyak 721,653 dan 188,852 bagi dos kedua.

Diikuti Selangor dengan 700,693 orang telah disuntik dengan dos pertama dan 226,093 untuk dos kedua.

Johor pada kedudukan keempat dengan 394,956 orang menerima dos pertama dan 183,709 mendapat dos kedua.-SM

(Visited 24 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button