AnalisisPolitik

Lanskap politik Malaysia perlukan pembersihan besar-besaran

NEGARA dikejutkan dengan Skandal terbaharu iaitu pembinaan kapal tempur oleh Kementerian Pertahanan Malaysia yang sehingga hari ini dikatakan (dituduh) belum lagi siap-siap.

Rafizi menyerang Kerajaan Barisan Nasional dan Menteri Pertahanan terdahulu sebagai perasuah didalam kes ini.

  1. Manakala, Kerajaan pula menjawab, kesalahan terletak dibahu Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan terdahulu, yang memberhentikan projek pembinaan kapal tempur ini.
  2. Akhirnya, Rakyat menjadi keliru dan tertanya-tanya dimana salah sebenarnya.

Apa pun, Perdana Menteri DS Ismail Sabri telah mengarahkan SPRM segera siasat projek LCS ini.

  1. Kerajaan of The Day, perlu menyelesaikan isu ini sebelum memanggil Pilihanraya Umum ke 15.

Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penerangan yang benar-benar boleh diterima oleh rakyat.

Jangan jadikan isu ini seperti isu 1MDB, dimana PM ketika itu DS Najib Razak, merasakan isu tersebut sudah selesai dan ditangani.

Tetapi, Skandal kewangan 1MDB lah yang memakan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional sehinggakan BN tersungkur pada Mei 2018.

  1. Sudah sampai masanya Negara mencari dan memberi mandat baru ini kepada pemimpin politik yang benar-benar jujur, ikhlas, berintegriti tinggi dan bersih, agar isu-isu ketirisan wang negara seperti projek-projek mega seumpama ini tidak berlaku lagi ataupun dimanipulasi oleh pihak pembangkang.
  2. Seluruh Dunia melihat kedudukan negara, apabila berhadapan dengan isu-isu kewangan yang besar seperti 1MDB, SRC International dan LCS ini.

Sudah sampai masanya, Integriti Negara di perlihara dimata dunia.

PENUBUHAN : THE ROYAL COMMISSION OF INQUIRY (RCI).

  1. Ada beberapa pihak yang berkepentingan mencadangkan agar The Royal Commission of Inquiry (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) ditubuhkan bagi menyiasat Skandal Pembinaan Kapal Tempur ini samada ia benar-benar kesalahan seseorang pemimpin politik yang meluluskan projek tersebut atau ianya hanyalah permainan persepsi politik kotor oleh ahli-ahli politik pembangkang seperti Rafizi, yang suka menghasut rakyat.
  2. Sudah menjadi kebiasaan di Negara Malaysia ini, apabila Pilihanraya Umum semakin hampir, pelbagai isu skandal kewangan dikeluarkan.

Ini bertujuan mencerminkan Kerajaan hari ini perasuah dan kaki sebat duit rakyat.

Pada hal, ini semua taktik Ahli-ahli politik seperti Rafizi, yang amat kuat menghasut Rakyat dengan cerita-cerita tidak benar dan cerita separuh benar.

  1. RCI boleh ditubuhkan atas perkenan YDP Agong, dengan nasihat daripada Perdana Menteri.

Walau bagaimanapun, adalah dibawah bidang kuasa budi bicara Baginda YDP Agong samada RCI ini sekiranya ditubuhkan dibuat secara terbuka kepada awam (public) atau tertutup.

POLITIK MACHIAVELLIAN

  1. Apa itu politik Machiavellian ?

Machiavellianism is a personality trait that denotes cunningness, the ability to be manipulative and a drive to use whatever means necessary to gain power.

  1. Politik Machiavellian, adalah satu politik yang menghalalkan apa juga cara (yang dilakukan), asalkan mereka (ahli politik) mendapat kuasa di negara ini.

Ini yang dilakukan oleh Rafizi, Cyber Trooper PKR dan DAP terhadap Isu Kapal Tempur ini.

  1. Perkara yang kedua, Rakyat juga merasa amat gusar apabila melihat perkembangan terkini politik negara apabila Rang Undang-Undang Anti Lompat diluluskan di Parlimen baru-baru ini. Ini memberi nafas baru kepada Rakyat.

Ini juga memberi kepastian kepada rakyat bahawa mandat yang akan diberi pada PRU ke 15 kelak, tidak akan bertukar tangan.

Bermaksud, sekiranya rakyat memilih Encik Aa sebagai Ahli Parlimen Xx, rakyat tidak mahu melihat Ahli Parlimen tersebut melompat masuk ke parti Xy pula keesokkan harinya.

  1. Tetapi, Rakyat juga tidak mahu melihat Politik Machiavellian berlaku di negara ini.

Sekiranya tidak ada sebarang parti mendapat mandat yang mutlak untuk memerintah negara ini secara solo atau berseorangan.

Rakyat tidak mahu melihat Jajaran Politik Baru dimetrai, sebagai contoh baru-baru ini Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke kata, DAP tiada halangan untuk bekerjasama dengan parti UMNO dalam menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sekiranya tiada satu gabungan parti mendapat majoriti mutlak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

  1. Sebahagian besar Orang-orang Melayu juga tidak mahu melihat jajaran baru dibina antara DS Zahid Hamidi (UMNO) dengan DS Anwar Ibrahim (PKR) sekiranya tiada satu parti berjaya mendapat majoriti yang mutlak.

Kebanyakkan Ahli-ahli UMNO tidak mahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10.

Ahli-ahli UMNO lebih selesa dengan PM Ismail Sabri terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri, walaupun UMNO dan Barisan Nasional perlu terus bergabung didalam Kerajaan Campuran bersama PPBM, PAS dan GPS Sarawak.

Lebih baik bergabung dengan PPBM, PAS dan GPS Sarawak  daripada bergabung dengan PKR, DAP, AMANAH, Anwar Ibrahim dan Anthony Loke. – SM

(Visited 464 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Back to top button