PendidikanRencah Hidup

500 hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri POLIMAS, Jitra

SEMPENA bulan Syawal ini, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah juga tidak ketinggalan menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis yang diadakan di Dewan Sri Mas bermula pukul 11 pagi ini dianjurkan oleh Persatuan dan Rekreasi Kakitangan POLIMAS.

Rosli Idris bergambar bersama kakitangan di salah satu gerai jamuan Hari Raya.

Sambutan ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih kurang 500 tetamu.

Sebanyak 16 gerai dengan pelbagai juadah bertemakan makanan tradisi hari raya serta kuih-muih dihidangkan untuk tetamu.

Pengerusi persatuan, Dr Abdul Rahman Huraisen Masri berkata, gerai-gerai yang disediakan ini menyajikan menu yang berbeza dan diterajui oleh pelbagai jabatan-jabatan yang ada di POLIMAS.

“Setiap tahun sememangnya setiap jabatan dipastikan menyajikan menu yang berbeza dari tahun sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau melahirkan rasa bangga dengan inisiatif kakitangan setiap jabatan ini yang bukan sahaja bertungkus lumus menyediakan juadah.

“Selain itu mereka juga turut mempersiapkan gerai mereka dengan hiasan yang menarik kerana kita turut mengadakan pertandingan gerai tercantik untuk gerai-gerai ini,” katanya.

Sebahagian daripada pegawai dan kakitangan POLIMAS sedang menikmati jamuan Hari Raya.

Antara juadah tradisi yang disediakan adalah lemang, ketupat, rendang, roti jala, laksa dan mi kari selain menu istimewa yang mendapat sambutan ialah Nasi Daging, satay, lontong dan kambing golek.

Salah seorang kakitangan POLIMAS, Azizy Abdullah berkata beliau amat teruja dengan majlis yang diadakan ini.

“Pelbagai juadah menarik disediakan disamping boleh mengeratkan kembali hubungan dan kerjasama antara pegawai kakitangan,” katanya.

Seorang pelajar POLIMAS , Mohamad Haikal Mohd Sohaidi berkata, pelajar amat mengalu-alukan aktiviti seperti ini demi mengeratkan hubungan antara pelajar dan kakitangan POLIMAS.

Sementara itu, Pengarah POLIMAS, Rosli Idris berkata, kesungguhan yang ditunjukkan kakitangan dan warga POLIMAS pada sambutan ini amat membanggakan.

“Saya berpeluang untuk melawat setiap gerai yang terdapat di sini dan amat memuji kesungguhan para kakitangan menjadikan majlis ini sangat bermakna,” katanya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan pertandingan gerai tercantik dimana tempat pertama dimenangi oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, tempat kedua oleh Jabatan Matematik dan Sains Komputer dan tempat ketiga ialah Bahagian Khidmat Pengurusan. – SM

BACA Berbuka puasa: POLIMAS Jitra, Alumni rai 100 pelajarnya

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button