JenayahNasionalUncategorized

Polis buru dua lelaki buat perkara tak senonoh dalam surau

POLIS sedang giat mengesan dua lelaki tempatan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah surau di Kuala Langat.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan pihak surau berhubung kejadian itu semalam.

“Polis mengesan satu video berdurasi 1 minit 49 saat yang dimuat naik di media sosial memaparkan dua lelaki tempatan membuat perkara yang tidak senonoh dalam surau.

“Pada pukul 9.07 malam tadi, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 54 tahun iaitu bilal surau mengatakan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terdapat dua lelaki tempatan melakukan aksi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun.

Semalam media melaporkan, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan, berkata, pihaknya juga sedang membuat siasatan berhubung penularan klip video itu.

Beliau masih menunggu laporan penuh daripada pegawainya di daerah berkenaan.

Menerusi video yang tular itu memaparkan salah seorang daripada mereka mula meraba rakan lelaki yang duduk di sebelahnya.

Lelaki itu kemudian dilihat seolah-olah seperti mahu membuka seluarnya serta turut mencium lelaki itu. – SM

(Visited 410 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button