Berita

Batch-16 Palapes ITM anjur majlis reunion Jubli Perak

SHAH ALAM – Bekas pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Institut Teknologi Mara (ITM) Batch ke-16 akan menganjurkan majlis makan malam perjumpaan semula (reunion) pada Sabtu ini.

ITM kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Majlis sempena sambutan Jubli Perak batch tersebut akan diadakan di Hotel UiTM Shah Alam di sini.

Menurut jurucakap penganjur, Damanhuri Kamarudin, kali terakhir mereka mengadakan majlis reunion adalah pada tahun 2000.


Katanya, justeru majlis berkenaan bertujuan bertemu kembali rakan-rakan lama sekali gus memupuk hubungan lebih erat.

“Majlis ini dirancang sejak sebulan lalu dan alhamdulillah, segala perancangan yang diatur berjalan lancar.

“Ada dalam kalangan kami tidak pernah berjumpa sejak ditauliahkan 25 tahun lalu, jadi inisiatif untuk menganjurkan majlis reunion ini adalah tepat pada masanya,” ujar beliau.

Batch-16 Palapes ITM ini merupakan pengambilan pada Jun 1994 sebelum ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Wataniah pada Mei 1997.

Mereka melibatkan pegawai kadet Palapes dari ITM Shah Alam (kampus induk) dan dua buah cawangan iaitu ITM Arau dan ITM Dungun.

Sebahagiannya kemudian menyertai pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia dan Askar Wataniah manakala selebihnya mengikut kerjaya pilihan masing-masing.

(Visited 162 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button