Nasional

Johor ubah portfolio tiga exco

KERAJAAN negeri Johor mengumumkan penyusunan dan penstrukturan semula portfolio melibatkan tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang baharu, berkuatkuasa hari ini.

Penyusunan itu merupakan kali kedua sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negeri Johor

Menurut Pejabat Menteri Besar Johor, tiga exco yang terlibat dengan penyusunan semula itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar serta ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali.

Aminolhuda, yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi kini akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia.

Sementara Mohd Khuzzan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan sebelum ini, kini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan.

Sheikh Umar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum ini akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sains dan Teknologi.

Bagaimanapun, tujuh exco lain (tidak termasuk Menteri Besar) masih kekal dengan portfolio masing-masing.

“Penyusunan semula portfolio ini bertujuan bagi memperkemas dan memantapkan bidang tugas exco-exco berkenaan. Rombakan ini juga dilakukan sebagai keperluan semasa yang selari dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri Johor,” menurut pejabat Menteri Besar.

— BERNAMA

(Visited 547 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button