Politik

TPM, menteri lawat sekolah terima aduan perhiasan melampau Tahun Baharu Cina

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi  melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hiasan ‘keterlaluan’ sempena Tahun Baharu Cina diturunkan.

Portal Malay Mail melaporkan termasuk hadir adalah Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi Gobind Singh Deo, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahmah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Turut hadir Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Datuk Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Cing. Kesemua mereka mengambil giliran menandatangani tanglung yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara, Ng Sze Han yang turut hadir.

Sebelum ini Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima aduan ibu bapa berkaitan perhiasan sambutan Tahun Baharu Cina di sekolah tersebut yang dikatakan keterlaluan.

Mohd. Khairul yang juga Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-Undang Putra telah menulis surat kepada pengetua seekolah tersebut, Rohani Mohd. Nor mengenai aduan tersebut yang mendakwa ibu bapa tidak selesa dengan hiasan berkenaan.

“Ada juga ibu bapa yang membayangkan keadaan sekolah yang seolah-olah telah dihias seumpama gedung perniagaan milik China dan terdapat unsur-unsur keagamaan selain agama Islam yang telah mendatangkan perasaan tidak aman dan damai di kalangan pelajar beragama Islam dan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Selanjutnya, Putra juga menyatakan bahawa tindakan Puan membenarkan perhiasan berlebihan untuk perayaan agama masyarakat Cina ini di sekolah awam juga adalah bertentangan dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “tiada sesiapa boleh menerima apa-apa ajaran agama atau menyertai apa2 Amalan agama Selain ugamanya sendiri,” kata Mohd. Khairul.

Dalam surat tersebut, Mohd. Khairul memberi tempoh tiga hari kepada sekolah tersebut untuk menurunkan semua perhiasan tersebut dan jika enggan Putra akan melaporkan isu berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.-SM

 

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button