Nasional

Pasangan suami isteri warga emas maut dalam kemalangan

SEPASANG suami isteri maut sementara cucu lelaki mereka berusia empat tahun cedera apabila kenderaan yang mereka naik terlibat dalam kemalangan di Jalan Kulim-Serdang, berhampiran Kampung Badlishah, di Kulim hari ini.

Suami isteri yang maut itu dikenali sebagai Ng Mok Chong, 67. dan isterinya, Lim Seok Mooi, 62.

Dalam kejadian  kira-kira pukul  petang kereta Perodua MyVi yang dinaiki tiga mangsa itu bertembung dengan sebuah Proton Saga.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata siasatan awal mendapati Perodua Myvi dari arah Kulim menghala Serdang itu dikatakan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan Proton Saga.

“Seok Mooi yang berada di tempat duduk belakang disahkan maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang memandu Perodua Myvi meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kulim.


“Mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suami isteri yang menaiki Proton Saga pula mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kulim. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button