Nasional

InSTEM 2023 anjuran UCMI berjaya himpunkan penglibatan lebih lima negara

Lebih lima negara telah mengambil bahagian menyertai Persidangan Antarabangsa Sains, Teknologi, Pendidikan dan Pengurusan (InSTEM) 2023 anjuran Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

Menurut UCMI, InSTEM 2023 dihadiri oleh delegasi antarabangsa antaranya Filipina, Indonesia, Vietnam, Brunei Darussalam, Kemboja dan beberapa Negara Asean yang terlibat secara fizikal dan secara dalam talian.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Pengurusan Pendidikan dan Penyelidikan), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Prof. Dr. Norzaini Azman yang merasmikan persidangan itu berkata, InSTEM harus menjadi wadah untuk penyelidik berkongsi dapatan kajian serta idea dalam setiap penyelidikan yang mereka lakukan.

Baginya, InSTEM 2023 merupakan platform yang sangat bagus kerana berjaya mengumpulkan delegasi atau peserta bukan sahaja dari Malaysia malah melibatkan penyertaan lebih daripada lima negara.

Turut hadir,  Pro-Canselor UCMI, Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail serta Pengerusi Lembaga Pengelola, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohammad Salleh Mohd Yassin diiringi Pengurusan Tertinggi UCMI dan penaja persidangan.

Tetamu kerhormat bergambar kenangan bersama para pembentang dan peserta InSTEM 2023 anjuran UCMI
Tetamu kerhormat bergambar kenangan bersama para pembentang dan peserta InSTEM 2023 anjuran UCMI

UCMI dalam satu kenyataan berkata, InSTEM 2023 adalah kesinambungan kejayaan pertama InSTEM yang dianjurkan pada 2020 dan ironinya, InsTEM 2023 berlangsung serentak dengan Hari Akademia yang turut diraikan pada 5 Oktober setiap tahun di Malaysia.

Dalam persidangan itu, Dr. Asma turut berkesempatan menyampaikan ucaptama yang bertajuk ‘Bridging the Gaps in Multidisciplinary Research’.

‘Bridging The Gaps In Multidisciplinary Research’ adalah satu tema yang sangat penting untuk diangkat kerana ia merupakan satu anjakan baharu dalam dunia akademik dan penyeledikan.

Kata Dr. Asma, penyeledikan memerlukan nilai, berimpak, bertanggungjawab dan berorientasikan misi dan bukan lagi sekadar penyelesaian masalah semata-mata.

Persidangan ini turut membawakan 8 tokoh akademia pelbagai negara dalam sesi plenary antaranya Prof. Jose Jurel M. Nuevo (Filipina), Prof. Ching Siew Mooi (Malaysia), Dr. Ferdinand A. Mortel (Filipina), Prof Madya. Dr. Mastura Badzis (Malaysia), Dr. Othman Talib (Malaysia), Prof. Vu Quang Huy (Vietnam), Prof. Ts. Dr. Mohd Helmi Ali (Malaysia), & Dr. Lalu Nurul Yaqin (Brunei). Persidangan ini disertai oleh 66 pembentang dengan 22 daripadanya adalah secara fizikal, 29 secara hybrid dan 15 adalah pembentang poster.

Persidangan ini juga turut mendapat sokongan daripada rakan strategik InSTEM 2023 antaranya SR Asia, Bank Islam, TAWFEQ dan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, DBKL dan Gaya Travel Magazines.

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button