NasionalPolitik

Raja-Raja tiba di Istana Negara untuk Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja

RAJA Muda Perlis  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat tiba di Istana Negara sebenar tadi untuk menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tiba di Istana Negara pada kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

 

 

 

 

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga berada di Istana Negara pada pukul 10.24 pagi.

 

 

 

 

 

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba pada 10.46 pagi diikuti dengan ketibaan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin juga telah tiba di Istana Negara.

Yang Di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini dalam menentukan pentadbiran negara dalam masa terdekat.

Setakat berita ini ditulis, ada lagi Raja-Raja yang belum bercemar duli hadir ke Istana Negara. – SM

(Visited 334 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button