Nasional

PKP: SOP ketat di sekolah, rumah ibadat, aktiviti riadah dibenarkan dengan syarat

PELAJAR dan calon peperiksaan utama termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan ke sekolah termasuk di negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran ke sekolah itu akan dikawal dengan pematuhan operasi standard (SOP) yang ketat.

“Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
akan memperincikan SOP ini,” katanya dalam menerusi perutusan khas mengenai perkembangan kawalan pandemik Covid-19 di negara ini.

Menurut Muhyiddin, gagi aktiviti keagamaan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan PKP dengan jumlah maksimum 5 orang.

Jelasnya, bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dan Bersyarat, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

“Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memberitahu yang orang ramai dibenarkan untuk beriadah bersama dengan anggota isi rumah sahaja.

Jelasnya, penjarakan sosial sebanyak dua meter setiap masa juga mesti dipatuhi.

“Kalau hendak berjogging, jangan lebih daripada dua orang dan kalau berbasikal, janganlah secara berkumpulan. Cukuplah seorang sahaja,” katanya. -SM

(Visited 1,473 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button