MahkamahNasional

Bekas CEO MARii mengaku tak bersalah minta rasuah RM5 juta

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan meminta rasuah RM5 juta, dua tahun lalu.

Madani Sahari yang pernah menerajui Institut Automotif, Robotik dan IoT (MARii) didakwa meminta wang itu daripada P Kuhan Arunasalam untuk membantu A2Z Technology Sdn Bhd mendapatkan surat anugerah bagi projek bernilai RM24 juta.

Madani didakwa melakukan kesalahan itu pada Mei 2021 di Publika.

MARii ialah sebuah agensi bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Madani didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang didakwa, jika sabit kesalahan.

Hakim Suzana Hussin melanjutkan ikat jamin RM300,000 yang dikenakan terhadapnya bulan lalu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mahkamah menetapkan 9 Jun untuk sebutan seterusnya.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How mengendalikan pendakwaan. Madani diwakili peguam Wan Aizuddin Wan Mohamed, Rahmat Hazlan dan Rahmat Abu Bakar.

Pada 14 April lalu, Madani didakwa menerima jumlah yang sama, RM5 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Madani adalah CEO MARii sejak April 2010 namun tidak dapat dipastikan bila beliau melepaskan jawatan itu. Ia kini diambil alih oleh Azrul Reza Aziz pada 10 April lalu.

Sebelum ini dilaporkan, SPRM menahan 10 individu tahun lalu bagi membantu siasatan atas projek bawah MARii. – FMT – SM

BACA PAUTAN Bekas CEO MARii didakwa terima rasuah RM5 juta

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button