MahkamahNasional

Bekas CEO MARii didakwa terima rasuah RM5 juta

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta, dua tahun lalu.

Madani Sahari yang pernah mengetuai Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dituduh menerima rasuah itu daripada Khow Chuen Wah untuk membantu Syarikat Aspire Knowledge Sdn Bhd mendapatkan surat anugerah projek bernilai RM12 juta.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Seksyen 15, Shah Alam pada 8 Julai 2021.

GAMBAR FMT – Madani Sahari didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah. (Gambar MARii).

MARii ialah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Madani didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan ikat jamin RM300,000 dan seorang penjamin selain mengarahkan Madani menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Pengurusan kes ditetapkan pada 8 Jun ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan akan memfailkan lebih banyak pertuduhan terhadap Madani di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Alor Setar kemudian.

Madani diwakili peguam Rahmat Hazlan, Wan Aizuddin Wan Mohamed dan Rahmat Abu Bakar.

SPRM dilaporkan menahan 10 individu tahun lalu bagi membantu siasatan ke atas satu projek di bawah MARii.

Madani merupakan CEO MARii sejak April 2010 dan jawatan itu diambil alih Azrul Reza Aziz pada 10 April lalu. – SUMBER FMT – SM

BACA Penolong jurutera MBK mengaku tidak bersalah terima rasuah RM2,000

BACA “Orang Tengah” beri rasuah kepada anggota Maritim Malaysia direman

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button