Nasionalpilihan

Lelaki maut ditembak ketika sedang memandu

Seorang lelaki maut ditembak ketika memandu kereta jenis Range Rover di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut kira-kira pukul 1.30 petang.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 42 tahun itu sedang memandu kereta sebelum ditembak sebanyak empat das.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian berkenaan boleh menghubungi polis ditalian 03- 61561222 bagi membantu siasatan. -SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button