Alam SekitarBanjirNasional

Pasar Payang dinaiki air, banjir di Terengganu

HUJAN lebat dalam tempoh kira-kira enam jam bermula pukul 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi.

Kejadian banjir kilat itu turut dikongsi netizen di media sosial, Facebook melalui video banjir kilat yang turut melanda beberapa pusat pelancongan termasuk Dataran Syahbandar, Pasar Payang dan Kampung Cina.

Malah laluan masuk ke kawasan itu juga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

Orang ramai juga dilihat membantu dalam memastikan kenderaan tidak ditenggelami air namun kebanyakan peniaga gagal menyelamatkan barang masing-masing kerana air memasuki premis secara tiba-tiba dan pantas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan setakat 7 pagi ini, seramai 439 mangsa daripada 124 keluarga telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir (PPS) iaitu tidak sampai 24 jam selepas PPS terakhir akibat gelombang kedua banjir di Terengganu, ditutup semalam.


Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini. – SM

(Visited 290 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button