Nasional

Ayah dan anak ditahan susulan pencemaran air sejak Isnin lalu

DUA beranak yang juga pengarah syarikat ditahan ditahan susulan kes pencemaran Air Sungai Gong, Rawang sejak Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua suspek yang berusaia 62 dan 31 tahun ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Turut ditahan ialah enam orang pekerja yang terdri daripada dua lelaki warga tempatan dan selebihnya warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.

“Kesemua mereka akan direman pada esok di Mahkamah Selayang dan kes disiasat di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai kes pencemaran air tersebut, menurut Fadzil, Air Selangor telah mengesan bau abnormal pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada 19 Oktober kira-kira pukul 12.38 tengah malam.

Jelasnya, ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.

“Pada pukul 2 pagi, beberapa LRA yg lain terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 ton.

“Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yg disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera jentera pembinaan,” ujarnya.

Terdahulu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., (Air Selangor) menjelaskan, pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor kali ini menjejaskan 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor melibatkan 1,292 kawasan sekitar Lembah Klang iaitu di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. -SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button