Nasionalpilihan

4,061 syarikat libatkan 676,544 pekerja sudah mendaftar program PIKAS

SEBANYAK 4,061 syarikat dengan 676,544 pekerja telah berdaftar dengan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) setakat 3 Julai lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bantuan juga telah diberikan oleh pihak swasta untuk membiayai dan membangunkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menampung jumlah vaksinasi pekerja.
“Pelbagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV-PIKAS) telah dibangunkan dari pelbagai negeri dengan tahap penyediaan fasiliti yang lengkap selain mempunyai para sukarelawan kesihatan yang komited untuk membantu mempercepat proses vaksinasi.
“PIKAS juga dilihat sebagai persediaan untuk menyambut pelaburan baharu pasca COVID-19, di mana ia akan menawarkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang sudah divaksin selaras dengan penubuhan Apirasi Pelaburan Nasional (NIA),” katanya.
Menurut Azmin, keberkesanan pelaksanaan PIKAS juga akan membawa impak positif buat Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) kerana ia dapat meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar untuk terus membuat pelaburan kepada Malaysia sekali gus memulihkan ekonomi negara.
“Saya turut mengetuai delegasi TIM ke Qatar selama tiga hari untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan dan juga bagi meningkatkan hubungan perdagangan serta ekonomi dua hala.
“Qatar yang juga merupakan antara rakan dagang terbesar Malaysia telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM2.10 bilion, dengan jumlah nilai eksport RM 1.13 bilion Malaysia ke Qatar, manakala import bernilai RM970 juta,” katanya.
Tambahnya, pihaknya serta agensi sentiasa memberikan komitmen yang tinggi sebagai usaha berterusan untuk membawa masuk pelaburan dan perdagangan baharu kepada Malaysia, serta memulihkan semula ekonomi negara. -SM
(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button