fbpx
Rencah Hidup

TGR anjur majlis cungkil bakat seni, pengacaraan, keusahawanan remaja

The Girls Republique untuk insta famous

HUJUNG minggu baru-baru ini, mungkin kalangan remaja memilih untuk melepak tetapi ada juga yang mahu memenuhi waktu senggang dengan aktiviti yang memanfaatkan diri mereka.

Kelmarin, The Girls Republic menganjurkan aktiviti mereka dengan bertemakan 60’s atau 60-an.

Apa The Girls Republic atau singkatannya, TGR? Siapakah mereka? Apa faedah kalau menganggotai TGR?

Itulah antara persoalan yang dilontarkan jika kita berada di luar lingkungan TGR.


Daripada perspektif kalangan bukan remaja,  kewujudan TGR bukan sekadar mengumpul golongan remaja dan muda mudi di luar sana yang mempunyai pengaruh besar dalam media sosial.

Sebaliknya, TGR menjadi platform ukhwah dan mencungkil bakat dalam kalangan remaja dan muda mudi yang berpotensi dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan.

Gadis-gadis TGR ialah pengarah media sosial atau influencer di Instagram (IG) dengan pengikut atau followers melebihi ratusan ribu.

Gadis-gadis TGR bukan sahaja mempromosikan produk perniagaan tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan rakan sebaya mereka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, anak-anak gadis TGR digilap bakatnya sebagai pengacara, usahawan, moderator, seni termasuk bidang nyanyian dan lakonan.

Melihatkan perkembangan TGR tidak hairanlah kalangan remaja dan anak-anak muda yang menganggotai empat kumpulan di bawah payung TGR ialah kumpulan Sugar Candy, Bubble Gum, Wonder Girl dan Puff Puff dapat menuntun ahli-ahlinya untuk melangkah dengan lebih yakin dalam mendepani masa akan datang.

Kelmarin, TGR menganjurkan sebuah majlis, Lets Get Groovy! 60’s Themed Event.

Pelbagai acara pertandingan diadakan untuk disertai oleh keempat-empat kumpulan termasuk Persembahan Terbaik yang dimenangi oleh kumpulan Sugar Candy.

Tempat kedua, milik kumpulan Puff Puff dan kumpulan Bubble Gum mendapat tempat ketiga manakala untuk Best Audience, pemenangnya ialah Mummy Bedah yang cukup sporting dan ‘gila-gila’.

Sebenarnya, TGR bersifat umpama kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya.

Apabila TGR mendapat tempat di hati para remaja dan anak-anak muda, di sinilah mereka memperlihatkan bakat nyanyian, menari, berlakon yang terpendam dalam diri masing-masing.

Namun yang utama ialah TGR membantu kalangan rakan sebaya untuk tampil berkeyakinan dan tidak malu serta segan untuk berinteraksi. – SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button