NasionalRibut

MetMalaysia tamatkan amaran hujan 5 negeri, tanah runtuh di JRTB

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menamatkan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan ke atas lima negeri ekoran cuaca dijangka bertambah baik.

MetMalaysia dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, lima negeri terlibat ialah Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran hujan berterusan (waspada) bagaimanapun masih berkuat kuasa bagi lima kawasan di Sabah sehingga hari ini. Lima kawasan tersebut ialah Telupid, Kinabatangan, Beluaran, Sandakan dan Kudat.

Sementara itu, memetik laporan BERNAMA sebentar tadi, kejadian tanah runtuh di Jalan Kupang-Gerik-Jeli Jalan Raya Timur Barat (JRTB).

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati apabila melalui Jalan Kupang-Gerik-Jeli JRTB yang retak dan mendap akibat tanah runtuh yang berlaku sejak 19 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang itu melibatkan laluan FT004 di Seksyen 158.60 di sebelah kanan jalan iaitu kira-kira tiga kilometer selepas Pusat Perikanan Banding di Gerik.

Pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dibuat di lokasi rekahan jalan dan mengalihkan trafik ke laluan yang lebih selamat, kata Zolkafly.

“Laluan kini hanya dibuka satu lorong untuk kedua-dua arah dan lalu lintas dikawal 24 jam di tapak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pihak konsesi,” katanya.

Beliau berkata, terdapat pergerakan tanah yang baharu dikesan di sekitar cerun berkenaan sepanjang 40 meter.

Katanya lagi, kerja-kerja pemasangan kanvas untuk melindungi jalan yang merekah serta mengurangkan runtuhan telah dilaksanakan bagi tindakan jangka masa pendek.

Tambah beliau, kerja-kerja pelebaran bahu jalan menggunakan ‘crusher run’ juga telah dilaksanakan bagi mengalih trafik ke laluan yang lebih selamat. – SM

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button