Ekonomi

WTO pesimis terhadap dagangan dunia tahun hadapan

PERTUBUHAN Perdagangan Dunia (WTO) bersifat pesimis terhadap dagangan pada tahun hadapan susulan jangkaannya tahun ini sekadar 9.2 peratus.

Walaupun mereka menjangkakan peningkatan sebanyak 7.2 peratus pada tahun hadapan, namun WTO jangkakan dagangan dunia tidak akan menepati unjuran 21.3 peratus pada 2021.

WTO meramalkan demikian susulan kesan pandemik masih lagi mengganggu pemulihan ekonomi dunia dan negara-negara yang terkesan teruk.

Namun, berdasarkan prestasi yang kukuh pada Jun dan Julai memberikan ukuran optimis dalam pertumbuhan keseluruhan pada tahun ini.

“Dagangan dunia menunjukkan tanda-tanda bangkit daripada kemerosotan akibat Koronavirus (Covid-19) yang ketara.”

Demikian kata ahli ekonomi daripada WTO dalam satu kenyataan seperti dilapor MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, wakil Ketua Pengarah, Yi Xiaozhun dan pakar Ekonomi WTO, Coleman Nee memaklumkan permintaan global terhadap import China kini meningkat.

Justeru, ia dijangka membantu menyumbang kepada nilai dagangan antarabangsa ketika krisis Covid-19 walaupun impaknya sama seperti krisis kewangan global 2008 dan 2009.

Walau bagaiamanapun, konteks ekonomi terhadap kedua-dua krisis tersebut adalah sangat berbeza.

Menurut mereka, jumlah dagangan barangan dunia hanya dijangka menurun sekitar dua kali lebih banyak daripada KDNK dunia, berbanding enam kali lebih banyak semasa kejatuhan 2009. – SM

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button