Ekonomi

Shaberry akan mempromosikan produk Sawari pada Julai ini sempena Hari Peneroka

MELIHAT banyak produk di bawah Sawari dikeluarkan oleh Felda, Pengerusi Felda, Datuk Sri Ahmad Shaberry berhasrat untuk mempromosikan barangan ini akan datang.

Katanya, Hotel Tenera Bangi merupakan tempat rasmi bagi acara mempromosikan hari peneroka yang akan berlangsung pada Julai ini.

Datuk Sri Ahmad Shaberry akan mempromosikan produk Sawari pada Julai nanti sempena Hari peneroka

‘’Felda ada produk-produk di bawah nama Sawari iaitu satu wilayah dan satu industri yang sepatutnya digunakan ruang-ruang yang ada untuk mempromosikan barang-barang yang mereka keluarkan.

‘’Di sepanjang bulan Ramadhan ini akan dipromosikan tentang hari peneroka kebangsaan yang akan diadakan pada 12,13,14 Julai nanti yang dijangkakan 500 ribu orang yang akan berkumpul di sini (Tenera Bangi).

Tambahnya lagi, Hotel Tenera Bangi merupakan tempat rasmi bagi mempromosikan hari peneroka yang akan berlangsung pada Julai ini.


‘’Kita akan isytiharkan sebagai hotel rasmi sempena hari peneroka kebangsaan ini merupakan peluang untuk mempromosikan produk dan juga acara yang berkaitan dengan felda’’. Jelasnya dalam sesi sidang media mempromosikan Buffet Ramadhan di Tenera Bangi.

Artikle Berkaitan :>

RM2.4 bilion rancakkan aktiviti FELDA, FELCRA, RISDA

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button