Ekonomi

Kebun Nuri Nutrisi Bank Rakyat manfaat 5,700 pelajar

PROGRAM Kebun Nuri Nutrisi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Langkawi beri manfaat 5,700 pelajar di seluruh negara.

Manfaat tersebut diperoleh apabila hasil jualan tanaman di kebun berkenaan digunakan sebagai dana bagi mengadakan program pelajar yang kurang berkemampuan.

Ia merupakan program khas yang mendapat pembiayaan Bank Rakyat dalam mendidik pelajar mengenai keusahawanan dan perniagaan pertanian.

Malah menerusi Kebun Nuri Nutrisi itu juga, pelajar mendapat bekalan makanan berkhasiat secara berterusan.

“Alhamdulillah, pada pagi tadi Bank Rakyat berjaya mengadakan lawatan ke Kebun Nuri Nutrisi di SMK Tunku Putra bersama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat.

“Lawatan tersebut melihat hasil tanaman di kebun sayur-sayuran yang diusahakan oleh pelajar dan guru sekolah berkenaan sejak Januari 2019.

“Projek ini dibiayai oleh Bank ini bertujuan bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawanan pada usia muda.

“Mereka menjual menjual hasil tanaman kepada guru, pelajar dan penduduk setempat.”

Demikian Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini yang menyerahkan sumbangan kepada sekolah berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, Bank Rakyat turut menyerahkan sumbangan bernilai RM3,000 bagi membeli peralatan kelengkapan kebun.

Selain itu, mereka turut memberi sumbangna wang tunai kepada 218 pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf di sekolah berkenaan.

“Bank menyumbang sebanyak RM3,000 bagi membeli kelengkapan kebun di sekolah berkenaan, seperti baja, tanah, anak pokok dan biji benih.

“Selain itu, Bank Rakyat turut menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM21,800 kepada 218 orang pelajar dari golongan asnaf.

“Manakala, pek makanan keperluan harian juga diserahkan kepada 30 pelajar kurang berkemampuan dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah berkenaan,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Bank Rakyat turut mengajak rakyat Malaysia melancong ke Pulau Langkawi bagi merebut peluang memenangi hadiah berjumlah RM12,000.

Ia merupakan program sampingannya bersama Kempen Emas 2 Kilo yang dianjurkan kali ketiga sejak 2017.

Terdapat pelbagai hadiah ditawarkan menerusi cabutan bertuah.

“Bersempena dengan program ini juga, Bank Rakyat menganjurkan Karnival Mai Pakat Mai di Langkawi bermula 11 September hingga 10 Oktober 2020.

“Pelanggan hanya perlu melanggan mana-mana produk Bank Rakyat dan Ar-Rahnu X’Change di Langkawi.

“Menerusi langganan produk di sana, pelanggan berpeluang menikmati hadiah yang ditawarkan menerusi program cabutan bertuah.

“Antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah motosikal, basikal, komputer riba, telefon pintar, penggoreng udara (air fryer) dan wang tunai RM1,000,” katanya. – SM

(Visited 779 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button