NasionalPolitik

Calon Ahli Politik Yang Ingin Bertanding Dalam Pilihan Raya Umum Harus Wajib Duduki Ujian SPA

Keintelektualan harus ada pada setiap manusia yang ingin menerima jawatan sebagai pemimpin termasuk mahu menjadi wakil rakyat menerusi parti politik.

Yang membuatkan ramai pihak sakit hati pada hari ini adalah kebanyakan calon-calon ahli politik ini ramai yang bodoh tetapi boleh menang kerana undi.

Undi pula datangnya daripada orang yang bodoh dan tidak berpandangan jauh sebalik mudah rasa ‘stim’ apabila mendengar ucapan semangat berbaur politik.

Padahal apa yang disembangkan itu.. tidak menjurus kepada matlamat perjuangan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu dan agama Islam sebagai cara hidup.

Berbeza dengan graduan yang sedikit bijak pandai dan mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda namun masih terpaksa membayar hutang PTPTPN.

(Kalau graduan ini super bijak pandai, PTPTN yang diterima automatik menjadi biasiswa)

Graduan yang sedikit bijak pandai dan super bijak pandai ini harus memohon jawatan tertentu dalam SPA jika mahu menjadi penjawat awam.

Jika terpilih, mereka harus duduki ujian online SPA dan memberikan jawapan yang sangat baik untuk melepasi fasa yang tertentu.

Susah sebenarnya nak jawab ujian online SPA ini kecuali yang berjaya itu memiliki kemampuan intelektual tersendiri sehingga sukar untuk disangkal.

Kalau masuk sektor kerajaan sebab pakai kabel atau lantikan politik, itu tak payah ceritalah. Sesiapa yang bertuah pun boleh dapat tempat walaupun tak layak.

Berbalik kepada isu di atas, memandangkan rakyat juga hilang kepercayaan kepada semua individu yang ada dalam parti politik, wajarkah pembaharuan diwujudkan?

Bagi penulis.. ia sesuatu yang wajar. Sebabnya untuk mengelakkan berulang kembali kejadian orang bodoh pun boleh jadi pemimpin dalam masyarakat.

Yang engkau tu sekolah tinggi-tinggi, belajar pandai-pandai pun sama-sama jadi bodoh kerana biarkan mereka jadi pemimpin rakyat walaupun tak layak.

Takkan sebab dia bersuara lantang, ada ramai pengikut.. terus layak dicalonkan untuk bertanding mewakili sesuatu parti politik.

Sia-sia ada universiti tempatan wujudkan subjek khas berkait dengan sains politik serta pemerintahan jika mereka yang nak bertanding itu, Ijazah Sarjana Muda dalam bidang politik pun tak ada.

Baik semua orang cukup belajar sampai darjah 6 sahaja. Barulah sama-sama adil dan tak rugikan masa depan belia yang terpaksa bersaing untuk dapatkan jawatan dalam sektor kerajaan.

(Visited 211 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button