BeritaHiburanNasional

Pencipta watak Usop Sontorian, Kluang Man meninggal dunia

INGAT Usop Sontorian dan Kluang Man? Siri kartun ini amat popular pada era tahun 90-an.

Pencipta watak kartun animasi terkenal ini, Kamarudin Ismail meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 4.15 petang hari ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Kamn Ismail dan berusia 63 tahun, merupakan tokoh pelopor teknologi komputer serta aplikasi digital melalui penerbitan animasi Usop Sontorian.

“Pada 1997 beliau mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.

“Animasi beliau pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005 melalui animasi Kumang Legenda Sarawak dan Animasi Legenda Kinabalu,” kata kenyataan dikeluarkan Persatuan Animasi Malaysia (Animasi).

Menurut kenyataan itu, Rumah Kartun dan Komik Malaysia menobatkan Allahyarham sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah kartunis dan hari kartunis 2018 di Muzium Negara pada1 April 2018.

“Animas berduka cita dan merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan handai taulan Allahyarham,” kata kenyataan itu lagi.

(Visited 709 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button