Ekonomi

CGB tingkat kapasiti 250 peratus penuhi permintaan baharu

Central Global Berhad (CGB), pengeluar pita penutup industri dan label stok, yang juga kontraktor am binaan, kini sedang dalam proses memuktamadkan pembelian mesin-mesin yang akan menggandakan kapasiti sayap pengeluaran Kumpulan untuk menghasilkan pita penutup industri.

Dengan pembelian mesin baharu itu, kilang CGB di Kuala Muda, Kedah akan memiliki kapasiti untuk mengeluarkan pita sehingga 70 juta meter persegi setahun daripada 20 juta meter persegi pita setahun menggunakan mesin lama.

Pengerusi Eksekutif CGB Dato’ Faisal Zelman berkata, syarikatnya mempunyai potensi pesanan sehingga 30 juta meter persegi pita penutup daripada pelanggan sedia ada. Mesin baharu ini akan menjadikan CGB lebih produktif dan efisien, serta membolehkan keupayaan untuk mengembangkan perniagaan.’

“Kami juga mampu memenuhi tempahan tertunggak bernilai RM10 juta dari Julai dan Ogos yang tertunda disebabkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan apabila dilanjutkan selama dua minggu di sebahagian daripada Kuala Muda pada akhir Julai lalu.
Kami hanya mampu memulakan semula operasi dari 2 Ogos 2021 dan hanya berada pada kapasiti 60 peratus kakitangan, namun kami sukacita mengumumkan bahawa kesemua kakitangan kami sudah divaksinasi sepenuhnya pada 23 Ogos 2021.’’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Faisal, pembelian mesin baharu bagi kilang CGB di Kuala Muda, sebahagiannya akan dibiayai menerusi proses penempatan persendirian 18 juta saham baharu yang dijangka menjana sebanyak RM26 juta, merangkumi pembiayaan bagi projek pembinaan di Pulau Pinang.

Tambahnya, pengembangan pengeluaran sayap perkilangan adalah seiring dengan inisiatif pertumbuhan CGB ke atas segmen pembinaannya.

Kumpulan tersebut memeterai MoU pada awal Jun bersama  Multi Scopes Engineering Sdn. Bhd. bagi membentuk sebuah usahasama untuk membida projek pembinaan loji rawatan kumbahan bernilai RM250 juta di Kwasa Damansara, Selangor dan telah dianugerahkan projek menaiktaraf sistem pembekalan air bernilai RM101 juta di Lahad Datu, Sabah pada April 2021.

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button