NegeriRencah Hidup

Raya Sakan Bersama Cik Muna & Blok Bintong meriah

WANITA yang terlibat dalam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) antara yang menyumbang kepada ekonomi negara sekalipun ia bermula dari perniagaan secara kecil-kecilan.

Di atas kegigihan ini, ada wanita yang asalnya di bawah paras kemiskinan kini mampu menjalani kehidupan lebih senang.

Lebih membanggakan ada dikalangan mereka sudah bergelar jutawan.

Persembahan nyanyian dipersembahkan oleh ahli AIM pada majlis Raya Sakan Bersama Cik Muna & Blok Bintong, Cawangan Kangar di Hotel Putra Regency, Kangar.

Salah satu pasukan AIM yang berjaya termasuklah Blok Bintong di bawah pimpinan Rosmuna Ibrahim, 57 atau lebih dikenali sebagai Cik Muna.

Sebagai penghargaan atas komitmen ahli maka sempena dengan Syawal ini diadakan majlis Raya Sakan Bersama Cik Muna & Blok Bintong, Cawangan Kangar di Hotel Putra Regency, Kangar, malam tadi.

Perasmian dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kangar, Azihani Ali.

Hadir sama Pengurus AIM Cawangan Kangar, Azrol Mat Ros.

Lebih 200 tetamu hadir.

Pada majlis berkenaan yang juga dihadiri oleh ahli dari blok-blok AIM lain, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberikan sokongan dengan “membeli meja”.

Juga dimeriahkan dengan persembahan oleh ahli AIM dan juga diadakan cabutan bertuah. – SM

BACA Geran kerajaan pacu aktiviti Persatuan Kebajikan Wanita Wang Bintong

BACA Peladangnita Bintong gotong-royong masak bubur lambuk

(Visited 150 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button