NegeriRencah Hidup

“Naga Bercahaya” gergasi jadi tarikan karnival Pekan Lama Arau

BULAT air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, inilah kerjasama kira-kira 20 ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis demi menghasilkan replika gergasi seekor “Naga Bercahaya”.

Salah seorang sukarelawan memasang mentol pada kerangka yang bakal menjadi “Naga Bercahaya”.

Jika ada masa terluang, sukarelawan dari pelbagai jenis bidang ini berkumpul setiap malam di Jejawi hanya untuk mereaslisasikan “Naga Bercahaya” ciptaan mereka ini dipamerkan pada Karnival Tahun Baharu Cina di Pekan Lama Arau dari 2 hingga 4 Februari depan.

“Semua ini idea Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini,” kata Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa Perlis, Ng Ban Hock.

Beliau berkata, kerja-kerja membina replika sepanjang 20 meter dan setinggi 3.7 meter itu sebenarnya telah bermula sejak Oktober tahun lalu.

Katanya, sehingga kini perbelanjaan bagi menyediakan bahan hanya sekitar RM30,000.

Sebahagian ekor “naga bercahaya” hampir siap.

Jelasnya, ia jauh lebih menjimatkan kerana harga replika yang siap dipasaran berkali ganda lebih mahal.

“Sehingga kini kerja membuat “Naga Bercahaya” hanya tinggal 85 peratus saja,” katanya.

Jelasnya pada peringkat awal mungkin lebih sukar kerana kerangka replika ini perlu dibentuk dengan dawai.

Bagaimanapun katanya, ada ahli yang mahir dalam membentuk kerangka ini telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan kemas.

Beliau berkata, bagi menutup kerangka ini hanya menggunakan kain dari pelbagai warna.

Selain itu juga katanya, penggunaan pelbagai cat juga digunakan bagi mengindahkan lagi badan replika ini.

Seorang sukarelawan sibuk menyiapkan bahagian kepala “naga bercahaya”.

Selain itu juga katanya, penggunaan mentol amat penting kerana ia akan mengeluarkan cahaya dari replika ini untuk dipamer sebagai “Naga Bercahaya”.

Beliau berkata, setelah siap replika seberat 200 kilogram ini akan dibawa ke tapak karnival untuk dipasang. – SM

BACA Meriahkan Karnival Healing De Masjid Teras Jernang

(Visited 38 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button