NasionalNegeri

Rakyat perlu pegang teguh prinsip Rukun Negara – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya rakyat sentiasa berpegang teguh kepada lima prinsip Rukun Negara dan ikrar sebagai rakyat Malaysia yang setia bagi mengelakkan kesejahteraan negara terjejas.

Baginda bertitah, ini kerana usaha untuk mengekalkan keharmonian negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum bukan sesuatu yang mudah.

Titah Baginda lagi, tanpa kerjasama daripada generasi muda terutamanya, pastinya negara akan menjadi pincang apabila perpaduan rakyat yang semakin rapuh pada masa hadapan.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kedaulatan negara Malaysia yang tercinta ini,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 asnaf terpilih.

Masing-masing yang
menerima RM700 setiap ini adalah anak kariah Masjid Al Abrar, Kampung Kubang Gajah yang diagihkan oleh amilnya, Johare Harun baru-baru ini.

Mengiringi Baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda juga berkenan singgah menziarahi tiga rumah keluarga asnaf dalam program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-72 bagi tahun 2022.

Penerima sumbangan MAIPs adalah Safiai Lah, 68, Hamidon Abdul Razak, 58 dan Ramlah Abu Bakar, 71.- SM

(Visited 378 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button