NasionalNegeri

Raja Muda Perlis rasmi Majlis Silatulrahmi MAIPs Bersama Muhammadiyah

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan ‘Majlis Silatulrahmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bersama Muhammadiyah’ di Kangar, malam tadi.

Keberangkatan Baginda selaku Yang Di Pertua MAIPs juga diiring Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada majlis yang diadakan di Restoran Fairy Le Phenomenal Kangar.

Majlis ini juga dimeriahkan dengan sambutan Hari Kebangsaan kedua negara iaitu Indonesia pada 17 Ogos lalu dan Malaysia pada 31 Ogos ini.

Delegasi daripada Muhammadiyah diketuai Ketua Umum Pimpinan Pusatnya, Prof. Dr. KH Haedar Nashir dan isteri.

Haedar berada di Perlis bagi mengetuai delegasi melibatkan 150 peserta yang terdiri rektor dan kepimpinan Muhammadiyah seluruh

Indonesia yang menghadiri bengkel ‘International Summit on Knowledge Advancement (ISKA) bagi tahun 2022’ anjuran Universiti Muhammadiyah Antarabangsa Malaysia (UMAM) di Hotel Seri Malaysia Kangar baru-baru ini.

Raja Muda Perlis yang berkenan merasmikan ISKA ini dalam titah mendoakan UMAM bukan sahaja terus menyinar di sini, tetapi menjadi rakan ilmiah bagi institusi-institusi yang lain untuk terus berdaya saing dengan cemerlang.

Dalam titah Baginda berharap dengan penganjuran ISKA 2022 ini dapat diteruskan dan menjadi program tradisi

“Masyarakat Perlis amat menyambut baik hasrat dan semangat pengurusan Muhammadiyah dalam membawa suntikan baru di negara ini dan menjadikan Perlis yang pertama di Malaysia bakal mewujudkan cawangan kampus Muhammadiyah di luar Indonesia bagi program di peringkat Doktor Falsafah (PhD), ” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titah turut berharap dengan kejayaan penganjuran program ini, negeri Perlis terus menjadi pilihan utama pelajar luar dan dalam negara untuk terus meningkatkan kecemerlangan yang dikecapi dan mencapai visi serta misi UMAM yang diimpikan.

Pada majlis itujuga diadakan acara simbolik penyerahan watikah pelantikan Ahli Lembaga UMAM kepada Mufti Perlis, Prof. Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Prof Emeritus Ir Datuk Dr Kamarudin Hussin sebagai mewakili MAIPs. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button