Politik

PRN Sabah: Mohd. Shafie bertanding di Senallang

Turut umum senarai calon bertanding bawah logo Warisan Sabah

PRESIDEN Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan dirinya sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di N65 Senallang sebentar tadi.

Ketua Menteri Sabah itu juga turut mengumumkan nama-nama calon yang tersenarai untuk bertanding pada PRN Sabah ke-16 pada 26 September nanti dengan menggunakan logo Warisan Sabah.

Sebanyak 54 daripada 73 kerusi PRN kali ini ditandingi parti Warisan yang turut meletakkan calon-calon daripada gabungan lima parti komponen iatu UPKO, PKR, Dap dan Amanah.

Hot seat atau kerusi panas yang menjadi dambaan Tan Sri Musa Aman, N51 Sg Manila (Barisan Nasional namun nama Musa tidak disenaraikan sebagai calon), Warisan meletakkan Dr. Mahmud Haji Sudin sebagai calonnya.

N52 Sungai Sibuga diletakkan oleh Warisan, calonnya iaitu Datuk Armani Mahiruddin.

Parti Warisan juga menyenaraikan nama Hassan A Gani Pengiran Amir di N73 Sebatik.

Terdahulu, sebelum mengumumkan senarai calon-calon Warisan Sabah, Mohd. Shafie mengingatkan ahli-ahli parti agar jangan berubah sejurus menjadi wakil rakyat yang bergelar Yang Berhormat.

Perubahan dengan rumah dan kereta besar yang dipaparkan memperlihatkan niat sebenar menjadi YB tersasar.

Pentingkan rakyat, bukan diri sendiri, ubah kehidupan kemiskinan dan kedaifan rakyat Sabah, bukan mengubah kehidupan diri sendiri, kata Mohd. Shafie.

Sebagai peneraju utama parti di Sabah, negeri kelahirannya, Mohd. Shafie berazam untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah pada PRN kali ini.

“Bukan soal menjadi calon pada PRN tetapi untuk berkuasa dan mentadbir negeri di bawah bayu,” kata beliau.

Berikut antara nama-nama calon yang tersenarai bertanding PRN Sabah ke-16 bawah logo Parti Warisan Sabah:

N27 LIMBAHAU – Datuk Juil Nuatim

N28  KAWANG – Haji Musli bin Haji Sapan @ Mushafien

N29  PANTAI MANIS – Datuk Ir. Yahya Awang Kahar

N30 BONGAWAN – Dr. Daud Bin Yusof

N31 MEMBAKUT – Dr. Mohd. Kamarudin Abdul Hamid

N34 LUMADAN – Awang Ku Zaidi Bin Pengiran Wahab

N35 SINDUMIN – Datuk Dr. Yusof @Josree Bin Yacob

N36 KUNDASANG –  Siriman @Mohd. Fazid Bin Basir

N37 KARANAAN – Awang Ganie @ Yasin bin Abdul Ghani

N40 BINGKOR – Odom @Peter Dhoms Bin Saili@Soili

N41 LIAWAN – Rasinin Bin Koutis @Kautis

N42 MELALAP – Datuk Peter Anthony

N44 TULID – MUDI Bin Dubing

N48  SUGUT – Norsabrina Binti Japar

N50 GUM-GUM – Arunarnsin Bin Taib

N51 SUNGAI MANILA – Dr. Mahmud Haji Sudin

N52 SUNGAI SIBUGA – Datuk Armani Mahiruddin

N53 SEKONG –  Alias Bin Haji Sani

N54 KARAMUNTING –  Hiew Yun Zin @Georga Hiew

N55 ELOPURA – Chong Ket Kiun

N56 TANJONG PAPAT – Poon Ming Fung @Frankie Poon

N55 ELOPURA – Chong Ket Kiun

N58 LAMAG – Mohd Ismail bin Ayob

N59 SUKAU –  Amrah bin Liwangsa

N60 TUNGKU – Assaffal @Samsul Kamal Bin P. Alian

N61 SEGAMA –  Datuk Mohamaddin Bin Ketapi

N62 SILAM – Haji Dumi Pg Masdal

N63 KUNAK – Norazlinah Binti Arif

N64 SULABAYAN – Datuk Dr. Jaujan Sambakong

N66 BUGAYA – Manis Buka binti Mohd Darah

N67 BALUNG –  Andi Rus Diana binti Andi Paladjareng

N68 APAS – Datuk Amrullah bin Kamal

N69 SRI TANJONG –  Justin Wong Yung Bin

N70 KUKUSAN –  Rina binti Jainal

N71 TANJUNG BATU – Mohd Afsar bin Abdul Latif

N72 MEROTAI –  Sarifuddin bin Hata

N73 SEBATIK – Hassan A Gani Pengiran Amir

N65 SENALLANG – Mohd. Shafie Apadal

Itu senarai calon bertanding atas tiket logo parti Warisan – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button