Nasional

Takiyuddin masuk hospital jalani rawatan jantung

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan selamat menjalani rawatan untuk memasang ‘stent’ di saluran jantungnya.

Takiyuddin dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Lembah Klang sejak Jumaat lalu akibat komplikasi jantung.

Difahamkan, Takiyuddin terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam dan akan dibenarkan keluar esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan Takiyuddin dirawat di Pusat Perubatan IHEAL, Kuala Lumpur.

“Saya baru menghubungi Takiyuddin Hassan pagi ini. Alhamdulillah beliau telah selamat menjalani pemeriksaan dan beliau memaklumkan doktor telah siap memasang ‘stent’ di saluran yang tersumbat.

“Alhamdulillah semua berjalan lancar dan (beliau) dijangka akan keluar dalam sehari dua ini. Teruskan doa agar beliau cepat sembuh sepenuhnya,” katanya di Facebooknya.

Minggu lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin.

Dalam kenyataan Fadil berkata, Agong menegaskan kenyataan Takiyuddin yang juga merupakan Setiausaha Agung pada 26 Julai lalu adalah tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Sebelum itu, Takiyuddin berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan. – KOSMO – SM

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button