Nasional

COVID-19: Elaun petugas barisan hadapan ditingkatkan

PETUGAS barisan hadapan seperti petugas kesihatan, anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Rela akan mendapat elaun khas bagi menghargai pengorbanan mereka berjuang mengekang COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, kerajaan akan meningkatkan elaun khas kepada petugas kesihatan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir.

Kerajaan juga bersetuju memberikan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada  anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Elaun  kepada petugas barisan hadapan ini akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir dan dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat tersebut.

BERKAITAN:


Sementara itu, bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian Kesihatan Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.

Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta.

Ia bagi menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta. – SM

 

(Visited 193 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button