Nasional

Garis panduan pengurusan pembukaan semula prasekolah dikeluarkan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara pada Jumaat memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah.

BERNAMA melaporkan, ketiga-tiga kementerian dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini memaklumkan garis panduan itu disediakan dengan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Garis panduan pengurusan pembukaan semula prasekolah dikeluarkan

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 15 Jun lalu telah meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan semula prasekolah, tabika, tadika kerajaan dan swasta adalah bermula dari 1 Julai.

“Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020,” menurut kenyataan itu.

Garis panduan itu terpakai untuk semua kelas prasekolah, tabika, tadika kerajaan serta swasta dan boleh dimuat turun dari pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman.

Melalui laman sesawang itu, didapati garis panduan tersebut mengandungi tujuan ia disediakan selain peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru serta pembantu urusan murid, ibu bapa atau penjaga.

Ia turut mengandungi garis panduan pelaksanaan seperti pengoperasian prasekolah, waktu tiba dan pulang serta Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) prasekolah.

Antara fokus dalam garis panduan itu ialah pihak pentadbir perlu memastikan guru serta pembantu pengurusan murid membuat persediaan sebelum pembukaan semula kelas, termasuk memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan skirting meja.

Selain itu, bilik kesihatan atau bilik sakit perlu disediakan untuk dijadikan sebagai bilik isolasi bagi menempatkan murid yang didapati bergejala sebelum dibawa ibu bapa atau penjaga untuk rawatan.

Garis panduan itu turut menyatakan bahawa guru perlu memastikan ibu bapa atau penjaga tidak memasuki kelas prasekolah, tabika atau tadika.

Bagi ibu bapa atau penjaga pula, mereka digalakkan menghantar anak ke prasekolah, tabika atau tadika bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.

Bagaimanapun, mereka perlu memastikan anak atau anak jagaan tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan minuman (pengecualian diberikan kepada anak atau anak jagaan yang memerlukan makanan khas dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah).

Mereka juga digalakkan untuk membawa anak atau anak jagaan terus pulang ke rumah selepas sesi persekolahan.-SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button