Berita

‘Hiking’ dan ‘Camping’ tidak dibenarkan semasa PKP

Ramai yang masih keliru tentang SOP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun SOP bertarikh 12 Mei membenarkan beberapa aktiviti fizikal yang tidak memerlukan sentuhan seperti berjogging dan berbasikal dengan jarak minimum 1.5 meter, ia walaubagaimanapun tidak melibatkan aktiviti ekopelancongan, seperti berkhemah dan mendaki bukit.
Menurut laman web Jabatan Perhutanan, aktiviti yang disebutkan itu tadi tidak dibenarkan di mana-mana taman eko-hutan dan taman negeri sepanjang tempoh PKP dilaksanakan (12 Mei-7 Jun).

Ia merangkumi taman-taman seperti KL Forest Eco Park, Hutan Simpanan Bukit Nanas dan Taman Rimba Templer.

Sementara itu, kesemua taman di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibuka kepada umum sepanjang PKP.

Namun menurut jurucakap DBKL, Taman Tasik Metropolitan sebelum ini ditutup bermula 9 Mei-11 Mei memandangkan ia disenaraikan di bawah sistem Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dan dibuka semula pada 12 Mei.

Taman-taman di bawah Jabatan Landskap Negara masih lagi dibuka termasuklah Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail.

Ketika MKN mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah daerah di Selangor, aktiviti mendaki bukit merupakan salah satu aktiviti yang tidak dibenarkan termasuklah fun run, fun ride, marathon dan triathlon.

Dalam kemaskini terbaharu, aktiviti daki bukit telah dikeluarkan, namun ia masih lagi belum disenaraikan di bawah aktiviti fizikal yang dibenarkan seperti jogging, berbasikal dan senaman ringan.

Sumber: The Star

(Visited 1,187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button