NasionalRencah Hidup

Hampir Dihanyutkan Kepala Air, Tindakan Pantas Polis Trafik Selamatkan Tiga Beranak

Tular dalam media sosial apabila tiga beranak yang memancing di Sungai Klang hampir kehilangan nyawa apabila terpaksa berdepan dengan kepala air yang berarus deras.

Sejak awal petang tadi, hujan lebat mula turun tanpa henti menjadi punca paras air meningkat dengan pantas sekali gus menghasilkan kepala air.

Menurut pengguna Facebook, Ahyie Hairi, keluarga terbabit dikatakan sedang memancing dan dipercayai terpaksa memancing untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tindakan pantas anggota polis trafik Kuala Lumpur yang kebetulan melalui kawasan tersebut berjaya menyelamatkan tiga beranak tersebut daripada menjadi korban kepala air.

Syukur semuanya selamat!

Kredit : Ahyie Hairi & Friends Of PDRM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button