Hiburan

Kenapa buat tuntutan LHDN? Kesian saya bela anak sorang-sorang – Rita Rudaini

KEMELUT isu nafkah dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di antara pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan bekas isterinya, Rita Rudaini nampaknya terus perbualan.

Rita yang juga seorang pelakon membalas kenyataan yang dikeluarkan Aidil Zafuan berkenaan nafkah yang diberinya setiap bulan.

Menurut Rita, dia sedikit pun tidak pernah beritahu yang bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anak-anaknya.

“Selama ini semua orang tahu keputusan nafkah untuk anak berumur setahun dan 3 tahun. Itulah duit perbelanjaan susu dan lampin.

“Sekarang tahun berapa? 2021? tapi masih amaun yang sama. Dari dulu tiada duit baju raya, duit taska, duit sekolah. Ke tak tahu yang anak dah sekolah.

“Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot tak bagi. Tapi saya diamkan sajalah sebab berapa sangat la pun untuk anak-anak yang besar ni,” katanya.

Jelas Rita lagi, jumlah nafkah yang sama sejak 2013 diberikan kepada anak-anaknya dan dia tidak pernah meminta duit lain.

Ujarnya, tiba-tiba bila sentuh berkenaan LHDN, terus bekas suaminya bersuara sedangkan dia yang menjaga anak seorang diri selama ini.

“Kesian saya sebab bela sorang-sorang. Saya bukan nak buat tuntutan tapi masa nak isi borang tu, ada ditnyatakan apa yang boleh.

“Rupa-rupanya dah ada orang yang buat tuntutan. Saya tak bising pun masa dapat tahun empat tahun lepas,” jelasnya.

Selain itu, Rita turut memuat naik beberapa lagi luahan isi hatinya berkenaan apa yang berlaku di antara dia dan bekas suaminya itu.

 

(Visited 1,298 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button