fbpx
Hiburan

Anggota grup K-Pop, Fly With Me bengang dengan netizen Malaysia

RAMAI penggemar hiburan di Malaysia mengagung-agungkan penyanyi dari Korea sehingga demam K-Pop yang melanda industri hiburan tanah air dilihat seolah-olah sinonim dengan kegilaan terhadap artis-artis K-Pop.

Bahkan pertandingan nyanyian yang diadakan di negara kita sendiri menobatkan juara dari luar sedangkan bakat anak tempatan sendiri tidak kurang hebatnya.

Bukan itu yang dipertikaikan di sini kerana ada yang tidak senang apabila pertandingan anjuran tempatan, juaranya diberi kepada peserta bukan tempatan.

Itu hak masing-masing untuk bersuara dan melontarkan pendapat. Isu yang diperkatakan di sini ialah berkaitan dengan kemarahan yang dilontarkan oleh salah seorang anggota kumpulan Fly With Me yang merasa cukup terhina dengan momokan yang dilakukan oleh netizen Malaysia terhadap nama timangannya.

So Yong bengang apabila nama pentasnya, BABY FLY menjadi modal gurauan netizen dari Malaysia.


Dia mengakui tersinggung dengan gurauan yang dirasanya, langsung  tidak lucu.

Walaupun kalau mengikut ejaan BABY membawa maksud bayi tetapi kenakalan jari jemari netizen Malaysia yang meletkkan komen di Instagram penyanyi tersebut, mengubah ejaan BABY kepada BABI!

So Young semestinya tidak berpuas hati dengan ejekan dan momokan yang diterimanya  dan tertanya-tanya, apakah kesalahan yang dilakukannya sehingga dia dibuli sebegitu rupa.

Apa yang dilalui oleh So Young  tidak keterlaluan jika dikatakan dia menjadi mangsa buli siber.

Tindakan balas So Yong terhadap kata-kata nista membuatkan dia menulis balas dengan membawa maksud, dia tidak heran atau ingin mengetahui di manakah terletaknya Malaysia dan tidak peduli untuk mengetahui bahasa perantaraan rakyat Malaysia.

Hubungan ‘baik’ industri hiburan Malaysia dengan artis KPop nampaknya sudah tercalar dengan insiden ini.

Berikut adalah catatan balas So Young yang nyata amat sakit hati dengan netizen Malaysia:

“Warga Malaysia yang datang ke sini untuk mengejek nama saya, kenapa anda berbuat sedemikian? Hanya kerana nama saya menjadi gurauan, anda gembira?

“Saya tak berminat dengan bahasa kamu dan tak kisah pun apa maksud nama saya dalam bahasa kamu.

“Saya tak mengenali negara kamu sebelum ini tetapi kini saya langsung tak berminat untuk mengetahuinya,” tulisnya di Instagram.

Tidak tahan dengan situasi yang terpaksa dilaluinya, So Yong mengambil keputsan menutup ruangan komen di lama IGnya.

Tidak cukup sekadar menutup ruangan komen, dia secara lantang menulis bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk menyekat akaun yang masih terus menghina namanya.

Terdahulu, akaun Instagramnya diserang followers dari Malaysia dengan ayat kasar bahasa yang mempermainkan nama pentasnya.

Malah ada yang meminta penyanyi itu menukar nama pentasnya kepada panggilan lain bagi mengelakkan salah faham.

Muzik imej Dua Lipa kertas dinding and background foto-foto (40673528)

Sebelum So Young, penyanyi Dua Lipa pernah diserang netizen Malaysia apabila memanggil bapanya dengan gelaran babi (bermaksud bapa dalam bahasa Albania).

Kuasa netizen kini menjadi cabaran hebat kepada golongan artis termasuk artis dari luar negara. – SUMBER ASTRO GEMPAK – SM

(Visited 8 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button