Hiburan

10 Filem Allahyarham Mamat Khalid Yang Malar Segar, Tak Bosan Tengok Berulang Kali!

PEMERGIAN pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid merupakan satu kehilangan yang terbesar buat seni tanah air.

Allahyarham sangat terkenal dengan filem- filem komedi tetapi sarat dengan mesej sindiran tajam.

Filem pertama yang beliau mengarah adalah filem Lang Buana pada tahun 2003 yang merupakan filem komedi sejarah.

Kerana minat beliau terhadap muzik rock, beliau juga menghasilkan filem Rock (2005), Rock oo (2013) dan Rock Bro! (2016).

Karya-karya beliau terus mendapat sambutan sehingga terdapat kesinambungan cerita bermula dengan filem Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) dan Hantu Kak Limah (2018).

Filem Hantu Kak Limah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM36.23 juta sekali gus menjadikan filem tersebut pecah panggung ketika itu.

Beliau juga telah tampilkan kelainan apabila menghasilkan sebuah filem hitam putih yang menekankan penceritaan berkaitan jenayah, gangsterisme, detektif, misteri dan komedi yang bertajuk Kala Malam Bulan Mengambang (2008).

Filem ini telah diangkat sebagai Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) dan Anugerah Skrin 2008.

Sebuah lagi karya beliau yang pasti menjadi ingatan ialah Man Laksa (2006) kerana telah menampilkan kemunculan istimewa Datuk M Daud Kilau di penghujung filem.

Karya-karya Allahyarham Mamat Khalid bukan lawak semata-mata tetapi terdapat mesej yang pasti meninggalkan kesan di hati penonton. -SM

(Visited 413 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button