Nasional

Kakitangan HTI positif COVID-19 – KP Kesihatan

IPOH, 23 Mac — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan terdapat beberapa kakitangan perubatan Hospital Teluk Intan (HTI) positif COVID-19.

Tanpa menyatakan jumlah kakitangan yang positif wabak itu, Dr Noor Hisham berkata langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil dengan segera serta pemantauan rapi dilaksanakan secara berterusan di HTI.

“Pihak pengurusan HTI telah mengambil tindakan pengawalan yang rapi dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak serta tindakan pencegahan untuk meminimumkan pendedahan terhadap kakitangan hospital dan ia menjadi aktiviti utama sejak kes pertama jangkitan positif COVID-19 dikenal pasti, ” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial menyatakan HTI lumpuh disebabkan enam kakitangan perubatan positif COVID-19.

Dr Noor Hisham turut menggesa orang ramai agar tidak menularkan sebarang berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai.


Katanya untuk sebarang maklumat berkenaan COVID-19 boleh merujuk Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan menerusi talian hotline 03-8881 0200/0600/0700 atau e-mel [email protected]

Setakat 12 tengah hari semalam, terdapat 66 kes positif COVID-19 direkodkan di Perak.

— BERNAMA

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button