Hiburan

Squid Game: The Challenge Tawar Hadiah Kemenangan US$4.56 Juta

Selepas drama bersiri Korea Squid Game mendapat tontonan yang tinggi apabila disiarkan menerusi laman penstriman atas talian, Netflix, jenama itu akan tampil dengan satu program realiti.

Ia diberi nama Squid Game: The Challenge namun program realiti ini tidaklah menjurus ke arah hidup dan mati sebaliknya andai kata tinggal peserta akhir dan kalah, dia mungkin kehilangan US$4.56 juta.

Seperti tidak logik namun ketahuilah bahawa ia benar-benar dalam perancangan dan menurut Netflix, ini adalah sejarah pertama wujud program realiti yang menawarkan hadiah sebegitu lumayan.

Ujar Netflix, program realiti itu akan diterbitkan sebanyak 10 episod dan kebanyakan permainan yang perlu dilalui peserta masih berilhamkan rancangan asal serta ada beberapa tambahan baharu.

Buat masa ini, program realiti Squid Game: The Challenge akan difilemkan di UK serta melibatkan pemain yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button