HiburanLuar NegaraMedia massa

Restoran alami kerugian parah, Gordon Ramsay jadi hos rancangan permainan di BBC One

Pandemik Covid-19 memberikan banyak kesan yang buruk dalam banyak sektor ekonomi dan lain-lain.

 

Hal ini tidak terkecuali bagi seorang chef selebriti terkemuka, Gordon Ramsay.

 

Seperti kebanyakan pemilik restoran, Ramsay mengalami waktu yang sukar terutama dalam situasi sekarang.

 

Restoran Gordon Ramsay yang amat terkenal mempunyai 35 cawangan di seluruh dunia.

 

Sebilangan besar daripadanya ditutup, termasuk 18 di UK.

 

Baru-baru ini, Gordon Ramsay telah menerima satu tawaran untuk menjadi hos satu rancangan permainan di BBC One.

 

Dalam situasi di mana restorannya masih lagi sedang berusaha untuk bangkit kembali, beliau tetap memutuskan untuk melakukan rancangan tersebut sebagai satu pembaharuan dalam kariernya.

“Gordon Ramsay’s Bank Balance” akan disiarkan setiap malam di BBC One, selama 10 hari, mulai minggu depan.

 

Siri ini dibuat oleh syarikat produksi Studio Ramsay dan beliau berperanan sebagai produser eksekutif.

 

Rancangan itu menyaksikan para peserta berusaha untuk mendapatkan wang dengan mengimbangkan jongkong emas, perak dan merah dengan berat yang berbeza melintasi piramid tanpa membalikkannya, yang jelas lebih sukar daripada yang kelihatan.

 

“Papan itu sangat tidak dapat diramalkan, lebih susah untuk diramalkan berbanding saya,” Ramsay bergurau.

 

Semua elemen rancangan permainan standard ada dalam rancangan itu, termasuk sekatan masa yang ketat, soalan pengetahuan umum, pelbagai halangan dan hadiah wang tunai besar – jackpot adalah £ 100,000.

 

BBC sudah menyiarkan banyak rancangan permainan yang dihoskan oleh personaliti TV yang popular seperti “The Wall with Danny Dyer”, atau “Michael McIntyre’s The Wheel”.

 

Ramsay mengakui bahawa penonton mungkin terkejut melihatnya menjadi hos rancangan seperti itu

 

“Adakah saya kelihatan seperti hos rancangan permainan?” dia bertanya.

 

Tetapi boleh dikatakan dia belum cuba memecahkan stereotaip tentang dirinya yang dikenali sebagai pemarah dan suka mengeluarkan kata-kata kesat, yang mungkin menjadi tarikan untuk ramai orang menonton rancangan ini.

 

“Saya tidak pergi ke sana dengan yakinnya untuk menjadi seorang hos rancangan permainan yang popular.

 

“Saya mahu menjadi diri saya,” katanya.

 

Dia berharap Bank Balance dapat menyamai populariti rancangan Ramsay sebelumnya.

 

Setakat ini dalam kerjayanya, chef terkemuka itu sentiasa mempunyai rating yang bagus di kedua-dua belah Atlantik.

 

Kerjaya TVnya benar-benar bermula dengan Kitchen Nightmares, yang dilancarkan pada tahun 2004 dan dia banyak membantu restoran yang gagal untuk mengubah nasib mereka.

 

Beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk memikat hati ramai orang.

 

Setakat ini, beliau telahpun menjadi hos untuk 19 siri Hell’s Kitchen.

 

Baru-baru ini, beliau melancarkan rancangan 24 Hours to Hell And Back.

 

Keperibadiannya yang berbeza selalu menjadi tarikan buat penonton untuk sentiasa mengikuti perkembangan rancangannya terutama di AS

 

(Visited 257 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button