Nasional

Hadi Awang dimasukkan ke IJN

PRESIDEN Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi.

Terdahulu, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Berita mengejutkan tentang Presiden Pas ini dimaklumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi Facebook beliau.

“YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam ini selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” catat Ahmad Zahid. – SM


 

 

 

(Visited 253 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button