HiburanLuar Negara

Putera Harry dan Megan Markle bakal timang cahaya mata kedua

Putera Harry dan pasangannya, Megan Markle bakal menimang cahaya mata mereka yang kedua!

Berita itu disahkan oleh jurucakap pasangan Diraja Britain berkenaan pada ahad lalu.

“Kami boleh mengesahkan bahawa Archie bakal menjadi seorang abang tidak lama lagi. The Duke and Duchess of Sussex sangat gembira untuk menimang cahaya mereka yang kedua ini”, katanya.

Menurut jurucakap Istana Buckingham, bukan sahaja pasangan diraja berkenaan malah seluruh keluarga diraja turut teruja dengan kehamilan Megan dan mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.

Putera Harry dan Megan Markle turut berkongsi sekeping foto hitam putih mereka bergambar di bawah pokok dan jelas kelihatan “baby bump”!


Bagaimanapun, usia kandungan dan tarikh kelahiran bayi kedua pasangan ini tidak didedahkan.

Sebelum ini, pasangan ini mengumumkan bahawa Meghan mengalami keguguran pada bulan November lalu.

Putera Harry dan Megan Markle mendirikan rumah tangga pada 19 Mei 2018 di Gereja St John di Istana Windsor, UK dan dikurniakan seorang anak lelaki Archie Mountbatten-Windsor yang kini berusia setahun 7 bulan.

(Visited 92 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button